Perkembangan Terbaru Skim Pelaburan VenusFX Yang Didakwa Menipu 23,000 Mangsa

215

Mangsa pelaburan forex VenusFX yang dilaporkan sebelum ini menuntut agar proses keadilan dihormati dan ditegakkan berikutan kerugian sebanyak RM80 juta yang dialami oleh keseluruhan 23,000 mangsa skim tersebut.

Mangsa telah membentuk kumpulan yang dikenali sebagai Pasukan Tindakan Pemulihan (Rate) bagi mendesak keadilan ditegakkan berkaitan kerugian yang mereka alami.

“Ramai pelabur sakit, dan memerlukan dialisis dan rawatan kanser, tetapi mereka melabur simpanan mereka dalam skim ini dan sekarang mereka tidak mampu mengupah peguam,” kata jurucakap kumpulan tersebut N.Geevaraj.

Mahkamah Tinggi pada Isnin membatalkan bidaan Vishnu Moorthy untuk bebas melalui ‘habeas corpus‘ dari tahanan selama 21 hari di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) ke atas siasatan penipuan pelaburan.

Vishnu Moorthy Raja Singam yang dituduh membuat penipuan dalam skim pelaburan forex Venusfx dan kini ditahan di bawah Poca. Walaubagaimanapun, mahkamah membenarkan Vishnu untuk berjumpa dengan isterinya bersama peguam selama satu jam di mahkamah.

Jumaat lalu, Vishnu telah mefailkan ‘habeas corpus‘ agar beliau dilepaskan dari tahanan Poca.

Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa penahanan beliau di bawah Poca disebabkan jenayah komersil tiada dalam perlembagaan.

Selain itu, beliau juga memohon pengisytiharan bahawa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Acryl Sani yang menafikan haknya untuk diwakili peguam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan pada 29 Mac, Acryl menyatakan enam orang telah ditahan berkaitan pelaburan forex oleh VenusFX yang menyebabkan 23,000 mangsa mengalami kerugian sehingga RM80 juta.

Enam orang tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenaya (Poca).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat