Pertemuan Positif Antara Luno dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

1,899

Luno dalam status rasmi terkini yang dikeluarkan pada 31 Januari menunjukkan terdapat perkembangan positif dalam pertemuannya bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada minggu ini.

Luno mengatakan terdapat kemajuan dalam usaha mereka untuk kembali beroperasi semula dan akan mengemaskini maklumat kepada pelanggan-pelanggan setelah mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang perkara ini.

Berikut adalah kenyataan rasmi Luno.

Akaun bank Luno di Malaysia kini masih dibekukan oleh Bank Negara atas siasatan yang masih dijalankan terutamanya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pertama kali pusat tukaran (Luno) ini terjejas adalah pada awal Disember 2017, apabila banyak transaksi pengeluaran wang pelanggan di Malaysia tergendala.

Disebabkan pembekuan akaun, Luno tidak dapat memproses deposit dan pengeluaran wang di Malaysia sejak daripada itu.

Dalam kenyataan rasminya sebelum ini, Luno mengatakan LHDN meminta mereka untuk menyediakan maklumat semua pelanggan mereka di Malaysia termasuk pengenalan diri, deposit/withdrawal dan juga transaksi.

Dengan permintaan oleh LHDN ini sebenarnya menimbulkan persoalan sama ada matawang-crypto ini masih lagi decentralized (tidak dikawal oleh autoriti) atau pun sebaliknya. Sudah tentu ia sekarang boleh dikawal oleh kerajaan atau bank negara kerana pelanggan Luno di Malaysia perlu memberikan maklumat sebenar tentang identiti mereka.

Sebenarnya tiada apa yang dapat dilakukan oleh Luno walaupun sebenarnya tujuan utama matawang-crypto dicipta adalah untuk tidak dikawal oleh autoriti, kerana ini adalah permintaan autoriti di Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat