Pfizer Sengaja Lambatkan Pengumuman Vaksin COVID-19 Kerana Trump?

581

Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini tampil menuduh US Food and Drug Administration (USFDA) dan Pfizer sengaja menangguhkan pengumuman COVID-19 untuk menafikan kemenangannya mendapat vaksin tersebut.

Donald Trump menerusi ciapan di akaun Twitternya, menyatakan USFDA dan Demokrat tidak mahu kemenangan vaksin itu berpihak kepadanya dengan mengumumkan khabar tersebut lima hari kemudian selepas pilihan raya.

Pada Isnin, Pfizer mengumumkan vaksin yang dibangunkan bersama BioNTech didapati 90% berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19.

Malah, figura itu turut mendakwa vaksin tersebut tidak akan tersedia untuk lagi empat tahun jika Joe Biden adalah presiden dan USFDA tidak semudah itu mengesahkan ketersediaan vaksin bagi kegunaan umum.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak disokong oleh mana-mana bukti walaupun keputusan pilihan raya telah mengangkat Joe Biden sebagai presiden bermula 2021.

Jelasnya lagi, “Pfizer akan mengumumkan khabar vaksin selepas pilihan raya kerana pihak mereka tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian. Begitu juga USFDA sepatutnya mengumumkan terlebih awal bukan tujuan politik tetapi untuk menyelamatkan nyawa!”

Apa-apa pun, presiden baru AS sesi 2021, Joe Biden dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dengan pembangunan vaksin dan menggesa penduduk AS untuk patuh dengan protokol pencegahan COVID-19 sebelum bermulanya vaksinasi tidak lama lagi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat