Resipi Kehancuran, Kanada Pilih Kenaikan Kadar Biarpun Ekonomi Meleset

82

‘Risiko besar sama ada nak pilih kemelesetan atau inflasi.’

Berlatarbelakangkan kadar inflasi yang tinggi, bank pusat Kanada (BOC) dilihat memilih pelaksanaan kenaikan kadar agresif walaupun merisikokan kemelesetan ekonomi.

Asas tersebut dibentangkan sekumpulan penganalisis yang membuat perbincangan mengenai prospek ekonomi serta risiko kemelesetan Kanada.

Sebagai konteks, kadar inflasi Kanada melonjak ke paras tertinggi 4 dekad pada 8.1% pada Jun dan dijangka menurun lagi dari catatan 7.6% semasa Julai.

Akan tetapi dalam memaksa penurunan kepada kadar inflasi tersebut, BOC terpaksa melaksanakan kenaikan kadar agresif iaitu sebanyak 3.25% setakat ini.

Untuk pengetahuan, BOC telah menaikkan kadar faedah sebanyak 300 mata asas dalam tempoh 6 bulan untuk membawa kepada angka 3.25% iaitu paras tertinggi dalam 14 tahun.

Atas faktor tersebut penganalisis BMO Capital Markets, Doug Porter menyifatkan pertumbuhan lemah di sebalik penarikan semula harga rumah dan pengurangan rantaian bekalan akan membantu mengehadkan inflasi.

Namun, ia akan membawa masalah lebih besar pada suku ke-4 2023 nanti.

Tambah Nathan Janzen dari Royal Bank of Canada pula, kenaikan agresif akan membawa kemelesetan pada tahun depan.

Turut menyokong adalah pakar ekonomi dari Desjardins Group and Oxford yang mengesahkan bahawa Kanada boleh menghadapi kemelesetan berdasarkan kenaikan kadar yang agresif dalam mengawal inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat