Ringgit Jatuh 3 Minggu Berturut-Turut Berikutan Risiko Pilihanraya Umum ke-14

1,880

Ringgit melemah dan kini bergerak dalam julat pergerakan yang tetap berbanding US dollar. Ringgit sebelum ini dilihat matawang terkuat di Asia Tenggara sehingga berjaya mencapai paras tertinggi RM3.86 berbanding greenback.

US dollar sejak minggu lalu banyak disokong oleh peningkatan Hasil-Bon 10-Tahun AS (US 10-yr Treasury), manakala Ringgit pula banyak disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dunia. Isyarat positif kepada Ringgti dan US dollar telah menyebabkan pergerakan MYR/USD dalam keadaan mendatar.

Peningkatan harga minyak mentah dunia pula banyak didorong oleh risiko geopolitik dan disokong oleh OPEC yang terus menolak harga Brent melepasi $74 setong pada Isnin.

Hasil bon Amerika Syarikat kini berada di sekitar 2.96% dan hampir mencapai paras 3% semalam. Ringgit jatuh selama tiga minggu berturut-turut pada minggu lalu dan mungkin akan terus jatuh jika Hasil-Bon tersebut melepasi paras 3%.

Sentimen matawang Ringgit ketika ini kekal lemah selepas kerajaan Malaysia membubarkan parlimen dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan pilihanraya pada 9 Mei 2018. Pilihanraya umum ke-14 telah mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran Malaysia sekaligus menyebabkan tekanan kepada matawang Ringgit.

Ketidaktentuan kepada pasaran dan kelemahan kepada matawang sering berlaku apabila sesuatu negara berhadapan dengan pilihanraya. Ini terjadi kerana potensi perubahan pentadbiran daripada kerajaan semasa kepada kerajaan baru, lebih-lebih lagi jika pembangkang dilihat mampu memenangi pilihanraya. Walaupun matawang melemah disebabkan ketidaktentuan perubahan kerajaan, ia dijangka hanya akan berlaku sementara sebelum pasaran dapat menyesuaikan diri kepada kerajaan baru yang mentadbir.

Kesan kepada matawang oleh pilihanraya telah dapat kita lihat dalam pilihanraya United Kingdom dan juga pilihanraya Perancis pada tahun lalu. Kita jangka akan lebih banyak kesan kepada Ringgit menjelang Pilihanraya yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat