Rundingan NAFTA Pusingan Kedua Meyakinkan

41

Ketiga-tiga negara Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat dalam rundingan NAFTA (Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara) mencapai kata sepakat dalam isu sektor tenaga, perniagaan kecil dan telekomunikasi dalam usaha memperbaiki perjanjian itu.

“Saya rasa kita mencapai banyak kemajuan dalam rundingan ini,” kata Juan Pablo Castanon yang mewakili sektor swasta Mexico.

Castanon bercakap kepada media pada hari keempat rundingan pusingan kedua bagi memperbaiki perjanjian yang berusia 23 tahun itu (NAFTA) yang mana mewakili sejumlah $1.2 trillion perdagangan setahun. Rundingan kali ini dijangka berakhir pada Selasa di Mexico.

Keyakinan dalam rundingan kali ini adalah selepas Presiden Trump memberi komen minggu lalu bahawa beliau mungkin akan mengeluarkan US daripada NAFTA jika rundingan tidak membawa kepada pengurangan defisit dagangan (trade deficit) US sebanyak $64 billion dengan Mexico.

Rundingan perdagangan bebas biasanya mengambil masa yang panjang untuk mencapai kata sepakat, tetapi delegasi NAFTA mahu menyelesaikan rundingan dalam jangka masa yang singkat. Ahli-ahli rundingan mahu mengakhiri perkara ini sebelum pilihanraya presiden Mexico tahun depan.

Rundingan seterusnya akan bersambung pada 24 September di Ottawa, kata Castanon.

Setakat ini rundingan lebih banyak berfokus kepada perkara-perkara yang kurang kontroversi seperti digital dan perkhidmdmatan dagangan rentas sempadan, menurut pegawai kerajaan dan wakil industri.

Wakil perdagangan dari US Robert Lighthizer, Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland dan Menteri Ekonomi Mexico Ildefonso Guajardo akan mengadakan sidang media bersama pada Selasa selepas rundingan berakhir hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat