Rusuhan Di A.S Sebabkan Harga Minyak Mentah Kembali Susut Semula

963

Rusuhan yang berlaku di bandaraya Amerika Syarikat (A.S) telah mendorong kepada kejatuhan harga minyak mentah sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan permintaan mintak setelah didagangkan dengan lebih tinggi. Perkara itu tercetus apabila negara-negara pengekport petroleum (OPEC) bersikap optimis terhadap tempoh pemotongan pengeluaran dalam pertemuan bulan Jun akan dipanjangkan lagi.

Rusuhan yang tercetus bermula pada 26 Mei lalu, di bandar-bandar utama AS bermula dengan demostrasi aman susulan kematian George Floyd, lelaki berkulit gelap di bawah tahanan seorang pegawai polis Minneapolis berkulit putih. Kematian Floyd berpunca daripada tindakan pegawai tersebut dengan melutut leher sehingga maut yang turut tular di Internet, menyebabkan kemarahan yang berunsurkan politik dan perkauman di negara tersebut.

Rusuhan yang berlarutan beberapa hari itu turut dibimbangi akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi Amerika Syarikat dengan peserta protes yang tidak menghiraukan risiko pandemik Coronavirus yang masih belum reda.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Julai telah didagangkan pada US$35.35 (RM152.98) setong, turun 24 sen pada 21:35 GMT. Kontrak telah meningkat US$1.78 atau 5.3% pada Jumaat lalu.

Brent telah didagangkan rendah pada 16 sen setong pada US$37.68 setong bagi hari pertama Ogos untuk dagangan bulan hadapan.

Namun begitu, OPEC dan sekutunya berharap dapat memanjangkan lagi tempoh masa bagi pertemuan Jun untuk memberi sokongan kepada pasaran.

Menurut penganalisa Price Future di Chicago, Phil Flyn kewujudan berita mengenai penambahan terhadap pemotongan dan tarikh awal pertemuan telah menyebabkan harga pasaran meningkat lebih tinggi.

Rusia pada masa ini tidak memberi sebarang bantahan terhadap pertemuan OPEC dan sekutunya, Opec+ pada masa akan datang yang telah dipindahkan dari minggu berikutnya kepada Khamis. Manakala, Algeria yang memegang jawatan sebagai presiden Opec, telah mengemukakan rancangan pertemuan tersebut pada 9-10 Jun untuk memudahkan penjualan minyak kepada negara-negara seperti Arab Saudi, Iraw dan Kuwait.

Kedua-dua penanda aras itu telah menyaksikan penurunan bulanan yang mendadak bukan sahaja berikutan daripada rusuhan AS malah melibatkan pengeluaran global yang menurun dan harapan AS, New York City dan beberapa negara lain terhadap pertumbuhan permintaan sejak ekonomi dibuka semula setelah penutupan kerana wabak novel coronavirus.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat