Saham Asia Naik Susulan Data Ekonomi China

208

Pasaran saham Asia menunjukkan trend menaik susulan data ekonomi China yang dikeluarkan pada sesi Asia lebih baik daripada yang dijangkakan.

Jualan runcit China meningkat sebanyak 4.9% berbanding tahun lalu pada bulan Oktober dan melebihi jangkaan untuk kenaikan 3.5%.

Ini menunjukkan penggunaan di China meningkat walaupun langkah sekatan Covid-19 yang dilaksanakan dan gangguan rantaian bekalan global mengancam permulihan ekonomi negara itu.

Selain itu, data industri pengeluaran turut melepasi jangkaan dengan kenaikan 3.5% sementara pelaburan aset tetap bertambah 6.1% daripada tahun lepas.

Sementara itu, menurut pakar ekonomi CBA, terdapat kemungkinan Bank Rakyat China akan mengurangkan keperluan rizab bank (RRR) pada minggu ini sebanyak 50 mata asas ini bagi menyokong aktiviti ekonomi mereka.

Indeks MSCI Asia-Pasifik luar Jepun meningkat 0.1% dan Nikkei Jepun mencanak 0.7% pada suku ketiga selepas diperkukuhkan oleh rangsangan fiskal yang tinggi.

Pasaran Wall Street ditutup lemah minggu lalu sementara niaga hadapan S&P 500 mengukuh 0.2% dan diikuti oleh niaga hadapan Nasdaq Composite yang bertambah 0.3% semasa sesi dagangan awal pagi Isnin.

Tumpuan minggu ini terarah kepada jualan runcit AS pada Selasa yang akan memberi kesan besar hasil kejatuhan sentimen pengguna seperti yang dilaporkan pada November berkenaan kenaikan harga yang mendadak terutamanya harga petrol.

Dolar terus mengukuh pada 95.120 lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama lain. Berbanding Yen, USD berada pada 113.99, tidak jauh daripada paras tertinggi yang dicatat dalam bulan Oktober pada 114.69.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat