Sayonara, Toshiba Berundur Selepas 74 Tahun

3,407

Salah satu firma tertua dan terbesar di Jepun, Toshiba akan berundur dari pasaran saham selepas 74 tahun selepas pembelian majoriti sahamnya selesai.

Sebuah konsortium yang diketuai oleh frima ekuiti swasta, Japan Industrial Partners Inc (JIP) telah membeli 78.65% sahamnya.

Hal ini sekali gus membolehkan kumpulan itu menyelesaikan perjanjian bernilai $14 bilion atau 2 trilion yen untuk mengambil alihnya secara peribadi.

Di bawah perjanjian itu juga, saham Toshiba akan dikeluarkan dari pasaran saham dalam masa kira-kira sebulan.

Saham Toshiba mula didagangkan pada Mei 1949 apabila Bursa Saham Tokyo dibuka semula apabila Jepun bangkit daripada kemusnahan Perang Dunia Kedua (WW2).

Syarikat itu telah terjebak dalam skandal perakaunan yang meluas sejak 2015, di mana ia mengaku terlebih menyatakan keuntungannya lebih $1 bilion dalam tempoh enam tahun dan membayar denda 7.37 bilion yen ($47 juta).

Dua tahun kemudian, ia mendedahkan kerugian besar dalam perniagaan tenaga nuklear Amerika Syarikat, Westinghouse sehingga memaksanya menjual perniagaan cip memorinya pada 2018 untuk mengelak daripada bankrap.

Krisis yang semakin memburuk mendorongnya untuk mempertimbangkan tawaran JIP bagi menjadikan syarikat itu persendirian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat