Sayuri Shirai Ada Saranan Penting Buat Bank Pusat Jepun!

59

Bekas penggubal dasar Bank Pusat Jepun berkata pada Rabu bahawa bank tersebut perlu memperlahankan program pembelian asset dan meningkatkan sasaran kadar faedah jangka panjang kepada 0.5 peratus tahun ini.

Sayuri Shirai berkata bahawa BoJ harus menghentikan rangsangan secara berperingkat walaupun Trump telah mengkritik dasar ini kerana dianggap bertujuan untuk melemahkan Yen.

Beliau turut berpendapat bahawa BoJ harus meningkatkan sasaran bon 10 tahun kerajaan kepada 0.5 peratus tahun ini berbanding sifar peratus. Bank pusat tersebut juga disarankan untuk mengurangkan skala pembelian bon tahunan pada kadar 30 Trillon yen ($262 Billion) memandangkan pembelian tersebut sudah menghampiri had.

Kata Shiari lagi kepada Reuters, persekitaran dasar monetari global telah berubah. Pasaran juga tidak lagi hanya mengharapkan bank pusat untuk membuat pelonggaran dasar buat selama-lamanya.

Justeru dengan perubahan ini, BoJ boleh membuat rangka kerja yang lebih mampan.

Beliau turut berpendapat bahawa dasar monetari bukanlah topik utama yang akan dibincangkan di dalam dialog ekonomi AS-Jepun bulan depan.

Ini Faktor US Dollar dan Aussie Berada Dalam Dagangan Mantap!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat