Selamat Ke Trade Hari Jumaat? Kena Baca Ini Dulu

1,236

Pembukaan dagangan hujung minggu sesi Asia memperlihatkan US dolar terus menyusut lebih rendah berbanding sekumpulan matawang utama ketika tumpuan pasaran terarah kepada perkembangan dalam pertikaian antara AS dan China.

Dalam perkembangan terbaru, China terus meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan AS yang menutup konsulatnya di Houston dengan menyatakan ia telah merosakkan hubungan antara dua negara dan memberi amaran akan membalas dendam.

Ketegangan yang semakin meningkat ini sedikit mempengaruhi dagangan matawang komoditi untuk terpaksa membataskan peningkatan mereka di tengah-tengah keyakinan terhadap perkembangan positif mengenai vaksin Covid-19 yang menghiasi sentimen pasaran minggu ini.

Dolar Aussie dan kiwi kekal didagangkan kukuh sekitar paras ketinggian terbaru dengan kembali memaparkan peningkatan pada sesi Asia setelah mencatatkan penyusutan pada sesi New York.

Dalam pada itu, kenaikan tuntutan pengangguran AS minggu lalu ekoran peningkatan berterusan kes baru coronavirus telah membantutkan usaha pembukaan semula ekonomi juga menambahkan tekanan terhadap US dolar.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama merosot kepada 94.60.

Sementara itu, dagangan euro terus menguat dengan menjadi matawang yang berprestasi paling baik pada minggu ini disokong oleh kesepakatan para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) terhadap dana pemulihan Eropah.

Pound juga meraih pengukuhan walaupun ketidakpastian mengenai Brexit terus membelenggu dagangan matawang itu. Ketua Perunding EU, Michel Barnier mengatakan mereka masih jauh daripada mencapai kesepakatan dengan UK kerana masih tiada kemajuan dibuat dalam isu penting meskipun rundingan sudah memasuki pusingan kelima.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat