Spotify Dalam Bahaya, Ini Sebabnya!

143

Keuntungan Spotify Technology SA mengalami penurunan akibat kejatuhan sektor pengiklanan pada suku ketiga didorong oleh faktor kesuraman ekonomi global yang menimbulkan kebimbangan pelabur.

Tindakan syarikat pengiklanan untuk memberhentikan pelaburan mereka telah menyebabkan saham sektor-sektor besar seperti Alphabet milik Google melemah, begitu juga saham Spotify yang menurun sebanyak 4% pada suku ini.

Laporan terbitan Spotify menggariskan penurunan yang berlaku kepada jumlah keuntungan sebanyak 58.5% pada tahun ini adalah disebabkan kerana kekurangan pelaburan dalam pengiklanan, kejatuhan mata wang dan bayaran royalti kepada pemilik lagu.

Menurut pengarah Syarikat Spotify Daniel Ek, syarikat kini tidak terlalu bimbang tentang kesan jangka panjang, tetapi ia pasti akan memberi kesan jangka masa pendek terutamanya keuntungan pada suku.

Beliau menambah, ini merupakan petunjuk awal kebimbangan pasaran terhadap ekonomi global.

Pelaburan pengiklanan di Spotify pada suku ini berkembang sebanyak 19% kepada €385 juta ($383.7 juta), dengan kenaikan dua kali ganda di kebanyakan tempat kecuali Eropah yang mengalami masalah ekonomi.

Syarikat tersebut menyatakan jumlah keuntungan mereka gagal mencapai ramalan pasaran dengan penurunan pada 24.7% disebabkan kekurangan pelaburan syarikat pengiklanan serta kontrak penerbitan dari luar Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, untuk suku keempat, jumlah keuntungan Spotify diramalkan mencecah €3.2 billion($3.18 bilion) dengan kerugian operasi sebanyak €300 juta ($298.8 juta). 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat