Stephen Poloz Yakin Bahawa Ekonomi Kanada Akan Mencapai Kadar Inflasi 2%

80

Berdasarkan laporan kenyataan Gabenor Bank Pusat Kanada, Setphen Poloz yakin bahawa inflasi akan mencapai sasaran 2%. Waktu terakhir beliau berucap ialah pada 25 Oktober iaitu apabila bank pusat mengekalkan kadar faedah.

Beliau menyangkal kritikan-kritikan yang ditujukan kepada bank pusat yang mengatakan sasaran inflasi adalah tidak efektif berikutan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Menurut beliau, tekanan risiko inflasi semakin kuat apabila ekonomi semakin mencapai tingkat gunatenaga penuh.

Justeru, sasaran inflasi ditetapkan pada kadar 2% kerana semakin lama inflasi dibawah sasaran atau atas sasaran ia akan membawa kepada risiko yang lebih besar. Sasaran 2% itu adalah berdasarkan kajian yang mendalam dan kaji selidik yang dilakukan.

Lanjut beliau, sejak krisis kewangan global 2008, penetapan sasaran inflasi menjadi semakin sukar. Tahun ini sahaja, terdapat dua kali  kenaikan kadar faedah sebelum dikekalkan pada bulan lepas. Hal ini adalah kerana terdapat indikasi jangka masa pendek bahawa tekanan inflasi semakin lemah. Sejak pertengahan tahun 2016, kadar inflasi sukar ditafsirkan melalui penjelasan fundamental.

Beliau juga menentang cadangan agar kadar inflasi ditetapkan melebihi 2%. Beliau berpendapat, sebarang kadar inflasi yang bukan 2% akan memberi kesan buruk kepada kredibiliti bank.

Matawang Kanada menyusut selepas ucapan tersebut berbanding U.S dolar. Hal ini kerana, pasaran beranggapan bahawa Poloz tidak akan menaikan kadar faedah pada perjumapaan akan datang iaitu pada 6 Disember. Menurut penganalisis, ucapan Poloz membawa indikasi dovish dan beliau berkemungkinan akan meneruskan pendekatan yang berhati-hati pada perubahan polisi akan datang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat