Syarikat Tenaga British Catat Kerugian $4.4 Bilion Dolar Akibat Kejatuhan Harga Minyak

309

Syarikat tenaga terkemuka British, BP telah mengalami kerugian sebanyak $4.4 bilion dolar pada suku pertama ketika wabak pandemik coronavirus menjejaskan permintaan minyak sekaligus mendorong kepada kejatuhan harga.

Menurut Ketua Eksekutif BP, Bernard Looney mengemukakan kenyataan bahawa mereka menerima kejutan apabila krisis bekalan dan permintaan ini pertama kali berlaku dalam sejarah. Hal ini demikian kerana kejatuhan harga minyak mentah dari $70 dolar setong pada awal tahun ini hingga ke bawah $20 dolar.

Tambahnya lagi, krisis ekonomi yang tercetus akibat daripada wabak berjangkit COVID-19 telah mengakibatkan persekitaran komoditi yang sangat mencabar. Selain itu, beliau turut mendedahkan jumlah keuntungan selepas cukai iaitu sebanyak $2.9 bilion dolar pada suku pertama 2019. Seterusnya, BP merancang untuk mengurangkan kos tunai sebanyak $2.5 bilion dolar pada akhir tahun 2021. Penjimatan kos tersebut bakal melibatkan pengurangan pembiayaan penstrukturan syarikat itu.

Di samping itu, BP dijangka akan melaksanakan pengurangan pengeluaran minyak pada suku kedua kerana syarikat tidak dapat menyimpan lebihan minyak mentah. Keluaran suku pertama BP telah turun sebanyak 2.8% iaitu 3.7 juta tong sehari.

Niaga hadapan minyak mentah jatuh ke paras terendah bulan ini, dengan harga Amerika Syarikat telah  merosot hingga mencatatkan angka negatif, diikuti dengan perang harga minyak yang tercetus antara pengeluar minyak utama iaitu Arab Saudi dan Rusia.

Berikutan dengan kejatuhan harga tersebut, BP telah memutuskan untuk menjual operasinya di Alaska. Hilcorp Alaska pada bulan Ogos bersetuju untuk membeli aset tersebut, termasuk operasi di ladang minyak terbesar Teluk Prudhoe, dengan harga $ 5.6 bilion dolar. Penjualan tersebut merupakan salah satu langkah BP untuk keluar dari Amerika Syarikat setelah 60 tahun penubuhannya.

Oleh itu, pada suku pertama tahun ini, Ketua Eksekutifnya terdahulu, iaitu Bob Dudley dan beberapa orang rakyat Amerika Syarikat bertindak meninggalkan syarikat berkenaan setelah setahun dikendalikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat