Telefon Pintar Memberi Risiko Kepada Inflasi Yang Rendah

66

Penduduk Amerika suka dengan telefon pintar dan aplikasi, yang berpotensi menyumbang kepada inflasi yang lembap dan hal ini membimbangkan Wallstreet dan Federal Reserve, kata pengurus bon di Blackrock pada Rabu.

Pengguna semakin kurang bergantung kepada kamera, radio dan televisyen dan juga perkhidmatan seperti teksi dan kedai-kedai.

Syarikat seperti Amazon.com Inc, Netflix Inc dan Uber Technologies Inc telah menyediakan perkhidmatan yang selesa dan harga rendah kepada pengguna melalui telefon. Hal ini menyebabkan, kurangnya permintaan terhadap peruncit tradisional, outlet hiburan dan perkhidmatan pengangkutan, kata Rieder dalam artikel yang diterbitkan pada Rabu.

“Inovasi teknologi telah mengganggu model perniagaan tradisional di dalam banyak industri dan mempengaruhi inflasi dalam ekonomi secara keseluruhan,” katanya.

Core-CPI (inflasi-teras) meningkat 1.7% dari tahun ke tahun pada Mei yang terendah sejak Mei 2015.

Pada Isnin, Presiden Fed Chicago Charles Evans apabila ditanya tentang hasrat Amazon yang mahu membeli pasaraya Whole Foods Market pada harga $13.7 billion berkata, pesaing baru dengan kepakaran teknologi memasuki pasaran dalam industri utama memberi implikasi jangka panjang terhadap inflasi yang akan kekal di paras rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat