Terkini : Mahkamah Menjatuhkan Hukuman Reman Kepada Pengasas JJPTR dan 2 Orang Kanannya

255

Datuk Acryl Sani Abdullah, iaitu Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (CCID), mengesahkan bahawa pengasas skim JJ Poor To Rich (JJPTR), Johnson Lee termasuk orang kanan dan pembantu peribadi akan direman selama tiga hari bermula hari ini.

Menurut beliau lagi, Lee atau nama penuhnya Lee Choong Sen dan dua yang lain telah ditahan kira-kira pukul 4.30 pagi pada Selasa di Petaling Jaya.

Didalam tangkapan terbabit, polis turut merampas sebuah kereta Honda Accord, lima buah telefon bimbit, pelbagai dokumen yang berkaitan dengan JJPTR, 11 kad debit dan kredit, termasuk wang tunai berjumlah RM20,936.

Sebelum ini, JJPTR telah mengumpul skim pelaburan sehingga mencecah RM1.7 Billion.

Ketiga-tiga mereka telah tiba di Mahkamah Majistret Klang pada pukul 2.30 petang pada Selasa dan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan dan sedang disiasat kerana didakwa menjadi dalang kepada kes penipuan.

Memetik kenyataan beliau minggu lepas, skuad Anti Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, CCID, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan hasil dalam Negeri, Pasukan Penguatkuasaan Hasil Negara dan Keselamatan Siber telah menyerbu lapan lokasi berbeza di Pulau Pinang yang dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi sindiket tersebut.

Susulan serbuan tersebut juga, 15 pekerja dan empat pelabur telah dipanggil bagi membantu siasatan polis dan esemua yang terlibat juga dipercayai berusia di antara 23 hingga 40 tahun serta merupakan rakyat tempatan.

Euro Melonjak Ke Bacaan Tertinggi Dalam Tempoh 6 Bulan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat