Terkini: Switzerland Beri ‘Lampu Hijau’ Perdagangan Kripto!

853

SIX yang merupakan bursa saham utama Switzerland yang berpangkalan di Zurich, Switzerland mengumumkan bahawa mereka telah mendapat keizinan lembaga pengawas pasaran kewangan Switzerland (FINMA) untuk melancarkan bursa pertukaran kripto.

Bursa ini akan diberi nama Swiss Digital Exchange yang akan membenarkan perdagangan sekuriti berasaskan blockchain dan aset kripto. Bursa ini telah memperoleh dua lesen dari badan kewangan berautoriti yang membolehkan institusi untuk menawarkan infrastruktur perdagangan dan pengurusan dana kripto.

Waluabagaimanapun belum ada apa-apa pendedahan mengenai aset kripto apakah yang akan ditawarkan untuk dagangan dan pengurusan dana. Para pemerhati percaya bahawa ini akan membuka pintu bursa ‘mainstream’ untuk menceburkan dalam dunia kripto.

Thomas Zeeb,pengerusi bursa global SIX penawaran pelaburan kripto adalah satu lonjakan paradigma. Menurut beliau, ini merupakan langkah penting dalam membawa pasaran modal kripto ke arus perdana. Tambah beliau ini hanyalah permulaan dan pihak SIX akan terus bekerjasama dengan pelanggan dan badan berautoriti untuk masa depan yang lebih baik.

Keputusan yang diambil oleh Bursa SIX juga membawa indikasi bahawa populariti aset kripto yang semakin meningkat. Ia memberi gambaran bahawa kripto telah berjaya ‘pacak bendera’ bukan sahaja dalam institusi namun juga di peringkat negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat