Tesla & Elon Musk Dilaporkan ‘Gadai’ 75% Aset Bitcoin!

1,445

‘Agaknya apa rancangan di sebalik semua tindakan mencurigakan oleh Musk ni ya?’

Tesla Inc milik jutawan Elon Musk dilaporkan ‘menggadaikan’ 75% aset Bitcoin (BTC) yang dipegang kepada mata wang fiat bagi mengimbangi buku kira-kira syarikat pada suku ke-2 (2Q).

Kenyataan tersebut telah diumumkan Tesla dalam laporan korporat 2Q yang diterbitkan semasa musim keputusan pendapatan syarikat minggu ini.

Sebelum ini Tesla telah melaburkan sebanyak $1.5 bilion dalam BTC pada 2021 sebagai sebahagian ‘potensi jangka panjang’ syarikat, yang nilainya pernah mencapai $2.48 bilion semasa akhir 1QFY21.

Tindakan Tesla yang menjual 3/4 aset yang dipegang telah menambah sebanyak $936 juta tunai dalam buku kunci kira-kiranya menurut sumber syarikat.

Mengulas mengenai tindakan tersebut, Musk menyatakan keadaan sekatan Covid di China menjadi sebab utama kepada penjualan aset BTC yang dipegang syarikat.

Selain itu, Musk menambah bahawa beliau rancang untuk menambah pegangan aset kriptonya pada masa depan sambil menolak untuk menjawab persoalan mengenai potensi BTC sebagai lindung nilai inflasi terhadap pendapatan.

Umum mengetahui bahawa Musk adalah seorang peminat kripto tegar yang sering menciap di laman Twitter berkenaan mata wang digital tersebut.

Pernah satu ketika dulu Musk telah membenarkan pembayaran mata wang digital terhadap produk Tesla sebelum membatalkan hasrat tersebut ekoran impak mining terhadap alam sekitar.

Namun begitu, pasaran kripto sejak 4 bulan lepas telah mengalami penyusutan separuh nilainya ekoran fenomena ‘crypto crash’.

Dalam pada itu, penganalisis Brian Johnson dari Barclays menganggarkan tindakan penjualan oleh Tesla tersebut akan menyebabkan kemerosotan nilai BTC pada minggu ini.

Rentetan itu, ketika penulisan berita ini nilai BTC susut 2.17% pada paras $22,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat