Timbalan Gabenor Bank of England Belum Sedia Menaikkan Kadar Faedah

61

Timbalan Gabenor Bank of England (BoE) Ben Broadbent masih tidak bersedia untuk menaikkan kadar faedah, katanya dalam temubual surat khabar yang diterbitkan pada Rabu. Hal ini dilihat mengurangkan peluang kenaikan kos pinjaman dalam masa terdekat.

Broadbent mengatakan keadaan semasa perniagaan di UK adalah keutamaan beliau dalam membuat keputusan polisi dan ia adalah sangat sukar untuk bank pusat menentukan sama ada terdapat kemajuan yang signifikan dalam perniagaan domestik.

“Pada pendapat saya, ia adalah sukar untuk membuat keputusan ketika ini bagi menaikkan kadar faedah. Saya masih tidak bersedia,” kata Broadbent kepada wartawan di Aberdeen Scotland.

Beberapa penganalisis berpendapat pendirian Broadbent yang juga timbalan gabenor adalah kunci untuk Bank of England menaikkan kadar faedahnya.

Pertumbuhan ekonomi adalah baik sejak enam hingga 12 bulan terakhir yang menunjukkan peningkatan gunatenaga dan inflasi.

“Ada sebab beberapa ahli MPC mahu menaikkan kadar faedah, tetapi banyak lagi yang perlu difikirkan,” katanya.

Pada Selasa, Broadbent berkata kemerosotan perdagangan antara Britain dan Kesatuan Eropah akan memberi kesan buruk kepada ekonomi dan akan menyebabkan harga terus meningkat.

“Kehilangan faedah eksport perkhidmatan ke pasaran tunggal akan cenderung mengurangkan pendapatan UK, dan juga meningkatkan beberapa kos yang lain seperti makanan dan mesin,” kata Broadbent dalam ucapannya di Aberdeen.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat