TIME Naik-Taraf Kelajuan Broadband Sehingga 1000Mbps!

734
Penyedia perkhidmatan jalur lebar (broadband) TIME sebelum ini mendapat perhatian apabila mengucapkan ‘Tahniah’ kepada Telekom Malaysia kerana menawarkan naik-taraf kelajuan internet secara percuma kepada pelanngannya.

 

Seperti yang kita tahu TIME adalah syarikat telko pertama menawarkan perkhidmatan internet dengan kelajuan tinggi sejak beberapa tahun lepas.

 

Selepas pengumuman Telekom untuk menaik-taraf kelajuan mereka secara percuma dengan harga yang lebih rendah, TIME baru-baru ini muncul dengan internet berkelajuan tinggi 1Gbps.

 

Dalam kenyataan terbaru, TIME berkata akan menaik-taraf kelajuan internet 100Mbps, 300 Mbps, 500 Mbps kepada 500 Mbps, 800 Mbps dan 1Gbps.
Untuk pengetahuan anda, Telekom menawarkan internet berkelajuan 100Mbps dengan harga RM129, manakala TIME menawarkan 500Mbps dengan harga hanya RM149.

 

Menurut sumber, sebahagian pelanggan TIME telah mendapat naik-taraf yang dijanjikan di mana pelanggan yang membayar RM189 untuk internet berkelajuan 300Mbps kini meningkat kepada 800Mbps.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat