Trade War : Perkembangan Terkini Perang Dagang Melibatkan AS-China-Kanada

675

Pemerhati pasaran masih meneliti perkembangan perang-dagang AS-China selepas laporan bahawa China meminta persetujuan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) untuk mengenakan sekatan terhadap Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, kebimbangan ini sedikit reda apabila Wallstreet Journal (WSJ) mendedahkan bahawa ketua polisi ekonomi Presiden China, Liu He memastikan supaya syarikat Amerika Syarikat di China tidak bimbang kerana mereka bukan sasaran dalam tindak balas terhadap AS.

Komen ini dibuat dalam mesyuarat bersama eksekutif perniagaan AS pada bulan lalu di mana Liu He menjelaskan bahawa China tidak akan membenarkan tindakan balas terhadap syarikat asing.

Walaupun Presiden Trump mengulangi pendirian tegas terhadap China, beliau juga menyebut rundingan perdagangan dengan Kanada berjalan dengan baik dan Ottawa mahu membuat perjanjian.

Sumber rapat terhadap rundingan NAFTA menyatakan bahawa pihak Kanada bersedia untuk membuka sedikit pasaran tenusunya kepada Amerika Syarikat, dalam usaha meneruskan rundingan.

Penting untuk kita tahu bahawa ini adalah isu utama dalam rundingan dan ia dijangka menyumbang kepada keyakinan tercapainya perjanjian antara AS-Kanada menjelang 1 Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat