Trump Akan Mansuhkan Obamacare!

51

Presiden Donald Trump telah menggariskan beberapa panduan mengenai program penjagaan kesihatan serta membentangkan beberapa idea menerusi kempen beliau.

Idea beliau termasuklah menukarkan program Obamacare, memansuhkan undang-undang kesihatan daripada bekas presiden terdahulu selain menyatakan bangkangan terhadap pengguguran bayi.

Pelan ringkas yang mengandungi 310 perkataan itu juga memberikan beberapa butiran tentang bagaimana Trump akan menggantikan Affordable Care Act (ACA).

Selain itu, beliau turut menyatakan pendapat tentang peranan negeri untuk mengawal selia insurans kesihatan dan menjalankan program kesihatan bagi golongan-golongan miskin.

Pemansuhan ACA

Dalam dokumen semasa proses perlantikan, Trump menyatakan jaminan terhadap individu yang sudah berada di bawah ACA. Hal ini kerana, pemansuhan ACA akan menyebabkan 20 juta orang yang telah sedia ada mempunyai insurans sejak tahun 2010 lagi, akan kehilangan hak tersebut.

Pelan yang dibawakan oleh Trump ini tidak akan menyebabkan kenaikan ubat-ubatan malahan kemudahan untuk mendapatkan ubat dengan lebih murah dari luar negara.

Pembaharuan Program Kesihatan

Pun begitu, dokumen tersebut tidak menyatakan sama ada Trump akan mengekalkan sebahagian daripada isi Affordable Care Act atau tidak.

Trump juga menggesa reformasi pentadbiran makanan dan ubat-ubatan untuk meletakkan lebih tumpuan kepada keperluan pesakit dengan produk perubatan yang lebih inovatif. Beliau juga dijangka akan memodenkan program kesihatan untuk warga tua.

Dalam kempen beliau, Trump tidak menyebut secara jelas mengenai pendekatan yang bakal diambil namun beliau berjanji untuk menggantikannya dengan sesuatu yang hebat.

Apakah agenda kesihatan Trump ini cukup bagus untuk menggantikan Obamacare? Nantikan perincian program kesihatan Trump nanti!

Ringgit Malaysia Jatuh RM4.53 Berbanding US Dollar Pagi Tadi!!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat