Trump Mungkin Berhadapan Dengan Pemecatan

96

Kebimbangan terhadap Trump semakin mengganggu gugat pasaran yang akan memperlahankan agenda perubahan pentadbiran baru White House di mana Trump sendiri berpotensi berhadapan dengan pemecatan. Disebabkan beliau US dolar mengalami tekanan penjualan sejak awal minggu ini dan tidak lupa juga prestasi di Wallstreet.

Semalam laporan yang mengatakan beliau meminta bekas Pengarah FBI James Comey menggugurkan siasatan terhadap bekas penasihat keselamatan US mencetuskan persoalan ketelusan pemerintahan baru White House.

Risiko politik ini bermula sejak minggu lalu apabila Trump memecat Comey dan kemudiannya berkongsi maklumat sulit tentang IS (Islamic State) dengan pihak Rusia.

Hal ini telah memberi tekanan kepada aset-aset berisiko yang jelas dilihat dengan kejatuhan US dolar. Indeks US dolar kini merosot 0.23% dan kini berada di sekitar 97.88.

“Isu Trump ini seakan gelombang, dan kini kita berhadapan dengan gelombang yang baru,” kata Hans Peterson penganalisis di SEB Investments.

“Saya telah ditanya adakah beliau akan dipecat. Saya rasa inilah yang sedang diperkatakan oleh pelabur-pelabur.”

Sebentar tadi dalam pembukaan pasaran New York, Wallstreet dibuka lebih rendah disebabkan kebimbangan pasaran terhadap perkembangan politik semasa di US.

Apa yang lebih menarik ialah pasaran saham Eropah jatuh sedikit walaupun wilayah ini sedang dalam keadaan ekonomi yang cerah disamping data-data ekonomi yang positif.

Kita juga dapat melihat perbezaan hasil bon antara US dan Jerman semakin kecil dan hampir mencapai paras terkecil dalam jangka masa enam bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat