Ucapan Carney Dan Hammond Akan Menjadi Perhatian Hari Ini

56

Dua orang pegawai yang menjaga ekonomi Britain akan berucap hari ini tentang perancangan mereka bagi mengelakkan ekonomi terus berhadapan dengan masalah.

Sehari selepas rundingan pertama Brexit antara David Davis dan Michael Barnier di Brussels, menteri kewangan Philip Hammond dan Gabenor Bank of England Mark Carney akan berucap hari ini.

Britain adalah sebuah ekonomi yang pantas berkembang dalam kumpulan 7 negara 2016 dan kini menjadi negara yang paling perlahan pada awal 2017 berikutan kejatuhan nilai matawang Pound.

Hammond dan Carney sebelum ini menekankan kepentingan untuk mengelak dari kesan ‘Hard Brexit‘ pada 2019.

Pada Ahad, Hammond menunjukkan pendirian yang lebih lembut kepada Brexit yang mahu Britain dan EU memuktamadkan perjanjian perdagangan baru dan hubungan bersama rakan dagang utama UK itu sendiri.

Nada komen beliau tidak keras seperti Perdana Menteri Theresa May yang berulang kali mengatakan tiada perjanjian adalah lebih baik daripada perjanjian yang buruk.

Hammond  dilihat sebagai pembela golongan peniaga di Britain akan memberikan maklumat lanjut tentang bagaimana seharusnya proses Brexit itu berjalan.

Kombinasi antara kenaikan harga dan pertumbuhan gaji yang perlahan adalah cabaran yang dihadapi Bank of England ketika ini di mana tiga daripada ahli mereka mengundi kenaikan kadar faedah minggu lalu.

Pelabur ingin mendengar penjelasan lanjut oleh Carney petang ini sama ada pandangan beliau sama dengan tiga ahli ini.

Carney akan berucap pukul 3.30 petang waktu Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat