Ulasan Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia

106

Bank pusat Australia (Reserve Bank of Australia, RBA), dalam minit mesyuarat yang dikeluarkan pagi tadi menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang sedikit perlahan pada suku pertama yang disebabkan pertumbuhan penggunaan yang lemah.

“Kelemahan pertumbuhan dalam jualan runcit pada suku pertama menjadi penyumbang kepada pertumbuhan penggunaan yang semakin perlahan,” seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat.

RBA dalam mesyuarat 6 Jun lalu mengekalkan kadar faedah di paras terendah 1.50%. Ini juga adalah kali ke-10 polisi kadar faedah bank pusat dikekalkan.

Bank pusat Australia mengekalkan pendirian berhati-hati tentang pasaran perumahan dengan peningkatan kredit perumahan. Walaupun kerajaan telah mengambil langkah untuk mengurangkan kerancakan aktiviti perumahan, tetapi risiko tetap ada khususnya di bandar-bandar besar.

Dalam laporan berasingan pada Selasa, Biro Statistik Australia mengatakan harga rumah naik 2.2% pada suku pertama berbanding kenaikan 4.1% pada suku keempat 2016.

Laporan juga mengatakan, kadar faedah tidak boleh dinaikkan kerana bank pusat mahu melihat pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang lebih pantas. Dua petunjuk ekonomi ini agak mengecewakan sejak akhir-akhir ini di mana GDP hanya meningkat 0.3% pada suku pertama.

Kerajaan Australia pula meramalkan pertumbuhan ekonomi (GDP) berkembang 2.7% dalam tempoh 2017-2018 seperti yang dinyatakan alam pembentangan bajet bulan lalu di mana inflasi diramalkan di paras 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat