Ulasan Minit Mesyuarat FOMC, Ini Sebab US Dolar Menjunam

35

Minit mesyuarat FOMC mendedahkan majoriti ahli-ahli jawatankuasa bank pusat berpendirian ekonomi hanya berubah sedikit sejak mesyuarat Januari dengan pasaran pekerjaan yang semakin kukuh dan juga peningkatan inflasi ke paras sasaran.

Ahli FOMC dilihat berbeza pendapat sama ada pengukuhan inflasi memerlukan kenaikan kadar faedah yang lebih pantas atau kenaikan secara berperingkat.

Terdapat juga ketidaktentuan terhadap polisi fiskal AS yang mampu memberi kesan kepada ekonomi dengan beberapa ahli tidak menjangka sebarang impak sehingga tahun hadapan.

Majoriti ahli sedar dengan risiko ke atas (upside risk) kepada pertumbuhan oleh rangsangan fiskal, tetapi mereka lebih bimbang dengan potensi impak negatif dari perubahan polisi perdagangan dan imigrasi.

Perhatian pasaran dalam minit mesyuarat yang dikeluarkan semalam berfokus kepada pengurangan penyata imbangan (balace sheet).

Majoriti ahli FOMC berpendapat perubahan kepada polisi ‘pelaburan semula’ (reinvestment) adalah bersesuaian pada tahun ini yang akan mengurangkan penyata imbangan tersebut.

Pendirian ini adalah berdasarkan andaian bahawa prestasi ekonomi ketika ini adalah seperti yang dijangkakan dengan kenaikan berterusan kadar faedah (Fed Fund Rate).

Beberapa pilihan boleh dibuat termasuk menghentikan kesemua ‘pelaburan semula’.

Secara keseluruhan, minit mesyuarat ini tidak banyak membincangkan tentang kenaikan kadar pada Jun yang mengurangkan impak kenaikan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat