Ulasan Penuh FOMC & Sebab US Dolar Melemah Walaupun Kadar Dinaikkan!

70

Dalam penetapan polisi pagi tadi, The Fed mengumumkan kenaikan kadar sebanyak 0.25% yang membawa kadar semasa kepada 1.00% dari 0.75% sebelum ini. Keputusan ini adalah sejajar dengan jangkaan pasaran yang mana pasaran telah priced-in kenaikan ini sehingga 100% sejak minggu lepas lagi.

Dalam kenyataan awal FOMC mengatakan risiko kepada ekonomi dalam masa terdekat semakin stabil dan masih ada jangkaan kenaikan kadar secara berperingkat.

The Fed juga mengumumkan ramalan ekonomi terkini tetapi tiada perubahan major kepada ramalan ini. Dalam penetapan polisi tersebut, kadar (Fed Fund Rate) diramal tidak berubah dari 1.4% dan pada 2018 di paras sama 2.1% seperti dalam mesyuarat sebelum ini.

Secara keseluruhan dalam ramalan kadar 2017, ahli FOMC secara majoriti hanya menjangkakan tiga kenaikan kadar.

Kesimpulannya kepada pasarana Forex adalah mengecewakan kerana ramalan dalam jangka masa panjang tidak dinaikkan dan sedikit potensi kepada empat kenaikan kadar pada 2017.

Dengan pasaran telah menyerap (priced-in) kedua-dua kenaikan kadar pagi tadi dan pendirian hawkish kepada ramalan ekonomi, US dolar melemah secara mendadak dengan Usd/Jpy menjunam hampir 150 pip, manakala Eur/Usd menguat sebanyak 120 pip.

Perlu diingat, jangkaan pasaran, pelabur-pelabur, pemain pasaran adalah penting. Pasaran sejak minggu lepas telah menjangkakan 100% kenaikan kadar pagi tadi dan disebabkan itu, US dolar gagal menguat. US dolar hanya akan menguat jika kenaikan kadar pagi tadi disertai dengan kombinasi ramalan kenaikan kadar lebih dari dua kali tahun ini. Tetapi apa yang berlaku adalah The Fed hanya meramalkan ada dua sahaja lagi kenaikan selepas ini pada 2017 bukannya lagi tiga kali kenaikan seperti yang diharapkan pasaran.

Dalam sidang media pukul 2.30 pagi pula, tidak banyak yang dapat mengubah kejatuhan US dolar dengan Janet Yellen mengatakan tiada perubahan signifikan kepada ramalan ekonomi yang telah dibuat pada Disember. Beliau juga menambah, terdapat ketidaktentuan yang menyelubungi perubahan polisi dan ini bukan lah masanya untuk mengubah ramalan tersebut.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat