US Dollar Cenderung Kepada Penurunan Dari Sini – Penganalisis

830

US dollar terus mengukuh pada ketika ini berbanding 10 matawang kumpulan negara G10. Sepanjang tahun 2018 ia masih lagi kukuh jika dilihat dari pergerakan indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang utama yang lain.

Ini termasuklah kenaikan 3.0% matawang tersebut berbanding Euro dan GBP, kenaikan 8.70% berbanding Aussie dan 2.0% berbanding CAD.

Kekuatan US dollar sejak Presiden Trump berkuasa pada awal tahun 2017 disumbangkan oleh beberapa faktor positif termasuk pengukuhan data ekonomi Amerika Syarikat dan jangkaan Federal Reserve terhadap kenaikan kadar faedah menjelang tahun 2019.

Sebagai salah satu daripada matawang safe-haven, US dollar juga mendapat permintaan disebabkan sentimen perang-dagang AS-China dan juga beberapa risiko pasaran yang lain. Tumpuan pasaran ketika ini adalah kepada perang dagang di mana pasaran bimbang jika ia memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

Walaubagaimanapun, penganalisis di UBS berkata US dollar berkemungkinan akan melihat kesan daripada perang dagang adalah halangan kepada pertumbuhan dan akan menyebabkan kelemahan dalam ekonomi.

“Pasaran masih belum lagi menyerap (priced-in) sebarang keburukan kepada pertumbuhan AS yang mana kesan cukai kepada pengguna mereka, dan saya rasa bagaimana ekonomi dan perniagaan memberi reaksi kepada perkara ini adalah input utama kepada apa yang mungkin berlaku selepas ini.”

“Kami melihat US dollar adalah bearish dari sini, tidak begitu buruk, tetapi bearish.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat