Wall Street Ditutup Tinggi, Bursa Malaysia Terus Mengukuh

89

Pasaran saham Asia dibuka tinggi pada awal perdagangan. Saham Wall Street juga ditutup kukuh selepas didorong peningkatan saham teknologi dan tenaga.

Indeks di bursa Jepun dibuka mendatar apabila saham pengeluar kenderaan sedikit menyusut.

Toyota mencatat kejatuhan sebanyak 0.6%, manakala Honda lebih rendah sebanyak 0.67%.

Indeks Kospi, Korea Selatan dibuka tipis 0.17%, apabila saham Samsung naik 0.77% dan Hyundai Motor naik 1.33%. Pergerakan saham Korea masih dipengaruhi dengan perhubungan antara China dan Korea Selatan.

Bursa saham Australia, S&P/ASX 200 jatuh hingga 0.36%.

Bursa Malaysia meneruskan pengukuhan apabila dibuka lebih tingg, didorong dengan peningkatan belian pasaran global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat