Xi Jinping Tak Benarkan Sesiapa Pun Buli China

1,520

Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa negaranya tidak pernah membuli, menindas atau menundukkan rakyat dari negara lain, dan ia tidak akan pernah melakukannya, ketika berucap pada ulang tahun ke-100 Parti Komunis China pada hari Khamis.

Susulan itu juga, beliau memberi amaran kepada kuasa asing yang cuba membuli atau menindas negara itu, akan menemui mereka di jalan pertempuran Tembok Besar China.

Kenyataan itu hadir selepas China menghadapi kritikan kuasa-kuasa besar dunia atas tuduhan pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang dan tindakan kerasnya terhadap Hong Kong.

Walaupun tidak menyebut negara yang terlibat, tetapi ia jelas menunjukkan kepada Amerika Syarikat dan negara anggota G7 yang sebelum ini lantang menegah penguasaan China.

Hubungan antara AS dan China bertambah buruk sejak kebelakangan ini disebabkan isu perdagangan, pengintipan teknologi dan wabak pandemik coronavirus yang telah mengakibatkan dunia terjejas teruk.

Dalam pada itu, Isu Taiwan juga merupakan sumber ketegangan utama. Walaupun Taiwan demokratik melihat dirinya sebagai negara yang berdaulat, Beijing memandang pulau itu sebagai wilayah yang terpisah.

AS, berdasarkan undang-undangnya sendiri, diminta untuk membantu Taiwan untuk membela diri sekiranya Beijing menggunakan kekuatan mereka untuk mengambil kembali pulau itu.

Ekoran itu, Xi dengan tegas mengatakan bahawa China akan terus mengekalkan komitmen mereka untuk penyatuan dengan Taiwan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat