BOC Leduc: Pertumbuhan Ekonomi Kanada Akan Melebihi Potensi Pengeluaran

35

Pertumbuhan ekonomi Kanada dijangka akan mengalami kejatuhan pada beberapa suku tahunakan datang, tetapi dijangka ekonomi akan terus melebihi potensi pengeluaran (potential output) atau lebih dikenali sebagai “natural gross domestic product”. Ia merujuk kepada paras tertinggi pertumbuhan ekonomi (GDP) yang dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang.

Menurut Sylvain Leduc, timbalan gabenor menyatakan bahawa bank pusat menjangka peningkatan kemasukan firma baru ke dalam pasaran dan kejatuhan penyisihan firma dari pasaran pada beberapa suku tahun akan datang.

”Laporan data terkini menunjukkan kadar kemasukan firma baru dalam pasaran sudah berada pada paras stabil sejak beberapa suku tahun yang lalu.” Kata Leduc.

Bagi beliau, kemasukan firma-firma baru akan meningkatkan lagi kapasiti produktiviti ekonomi dan akhirnya membawa kepada pertumbuhan ekonomi.

”Apabila ekonomi beroperasi pada paras ekonomi yang melebihi potensi pengeluaran, inflasi cenderung untuk meningkat. Hal sebaliknya pula berlaku, jika ekonomi beroperasi pada paras produktiviti yang lebih rendah dari potensi pengeluaran, inflasi akan merosot.” Kata Leduc.

”Peningkatan kapasiti produktiviti akan menyumbang kepada kemunculan banyak syarikat baru dan akan meningkat pertumbuhan ekonomi tanpa menghasilkan tekanan inflasi.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat