Bon Negara Perancis Menjunam, Kebimbangan Semakin Memuncak Terhadap Le Pen

30

Bon kerajaan Perancis berada di bawah tekanan selepas penjualan instrumen tersebut semakin meningkat pada Selasa berikutan kebimbangan yang semakin menyelubungi perkembangan politik di Perancis.

Para pelabur semakin bimbang dengan dasar yang akan dibawa oleh Le Pen yang berpotensi menjadi Presiden Perancis selepas mendapat sokongan tertinggi dalam tinjauan pendapat sebelum ini.

Perancis akan mengadakan pilihanraya Presiden tahun ini yang akan berlangsung dalam dua pusingan pada penghujung April dan awal Mei.

Calon Presiden Perancis, Le Pen paling popular di kalangan calon-calon presiden yang lain. Tinjauan pendapat yang dibuat menunjukkan undian tertinggi kepada Le Pen dan mudah menewaskan calon-calon lain. Tinjauan tersebut menunjukkan pusingan pertama 23 April ini akan dimenangi beliau dengan markah 27%, seterusnya meningkatkan spekulasi beliau akan berhadapan dengan salah satu daripada antara Macron dan Fillon pada pusingan kedua.

Hasil bon 10-Tahun Perancis yang memberi kesan kepada kos pinjaman melonjak ke paras 2.89%, di mana harga bagi instrumen ini bergerak berlawanan dengan hasil bon tersebut. Hal ini menyebabkan perbezaan hasil-bon antara bon 10 tahun Perancis dan Jerman semakin besar yang tertinggi sejak Mei 2012.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat