Ciri Keselamatan Facebook Lemah, 50 Juta Akaun Pengguna Digodam

543
Regulator di Eropah sedang mempertimbangkan untuk mengenakan denda sehingga US$1.63 billion terhadap Facebook berikutan pelanggaran peraturan data pengguna. Facebook dituduh mendedahkan data 50 juta pengguna seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ) pada Ahad.

 

Pelanggaran peraturan data tersebut yang didedahkan pada Jumaat sekali lagi menimbulkan kebimbangan terhadap rangkaian sosial tersebut.

 

Menurut WSJ, regulator dalam penyiasatan itu yang berpangkalan di Ireland, Data Protection Commission (DPC) mahukan maklumat lebih lanjut tentang pelanggaran yang dilakukan oleh Facebook, termasuk maklumat pengguna yang terkesan di wilayah Kesatuan Eropah (EU).

 

Perkara ini disedari oleh DPC pada Selasa lalu dan melahirkan kebimbangan terhadap jutaan pengguna yang terkesan.
Menurut pihak penyiasat Facebook, penggodam mengeksploitasi kod mereka yang memberi impak kepada fungsi ‘View As’ iaitu ciri yang membolehkan kita melihat profail sendiri daripada pengguna yang lain. Ini telah membolehkan mereka mencuri ‘token akses’ Facebook dan mengambil alih akaun orang lain.

 

Token akses adalah kekunci digital yang membolehkan akaun kita kekal didaftar masuk (logged in), supaya tidak perlu memasukkan password setiap kali menggunakan aplikasi.
Dalam kejadian itu, Facebook telah menetapkan semula (reset) sebanyak 10 juta akaun pada Jumaat.

 

Respon oleh Facebook terhadap DPC pada Ahad mengatakan, syarikat itu akan memberi respon kepada regulator tersebut dan juga memberikan kemaskini terkini dari masa ke semasa.

 

Isu ini dilihat akan terus memberi tekanan kepada Facebook kerana regulator Eropah dinilai sebagai lebih tegas berbanding regulator yang ada di Amerika Syarikat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat