Data Pengguna McDonald’s Tertiris!

317

Data maklumat pengguna jenama makanan segera terkemuka, McDonald’s di Korea Selatan dan Taiwan dilaporkan tertiris.

Menurut McDonald’s, penggodam dilaporkan mengakses sebilangan kecil fail pengguna.

Data yang tertiris itu termasuklah e-mel, alamat penghantaran dan nombor telefon namun butiran pembayaran tidak berjaya digodam.

Ujar jurucakap McDonald’s, firma itu akan mengambil langkah sewajarnya untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta pelanggan yang terjejas.

Ketirisan itu yang pertama kali dilaporkan oleh Wall Street Journal, ditemui ketika siasatan selepas aktiviti yang tidak sah dikesan dalam rangkaian syarikat tersebut.

Tambah McDonald’s, pelaburannya dalam keselamatan siber berjaya mengesan ketirisan itu dengan cepat.

“Peralatan ini membolehkan kami mengesan dengan segera dan menyekat aktiviti tidak sah dalam rangkaian kami baru-baru ini.”

“Siasatan menyeluruh telah dijalankan dan kami bekerjasama dengan pihak ketiga yang berpengalaman untuk membantu siasatan ini,” ujar McDonald’s.

Operasi McDonald’s di kedua-dua negara bagaimanapun tidak terjejas dengan penggodaman itu.

Selain itu, McDonald’s memaklumkan data peribadi pekerja juga turut tertiris namun syarikat itu tidak mendedahkan negara mana yang terlibat.

Serangan siber itu adalah yang terbaharu terhadap firma besar dalam tempoh beberapa minggu ini.

Terdahulu, penggodam mencuri maklumat mengenai kod sumber untuk permainan video seperti FIFA 21 daripada syarikat pengeluar permainan video, Electronic Arts (EA).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat