Dogecoin (DOGE) Sudah Tidak Gah, Hari Yang Murung Untuk Robinhood

1,852

Ketidakstabilan penerimaan matawang kripto benar-benar terasa apabila syarikat perkhidmatan kewangan, Robinhood mendedahkan mereka berhadapan dengan keruntuhan pendapatan kripto bagi suku ketiga (Q3) 2021.

Majoritinya berpunca daripada matawang kripto yang pernah menjadi fenomena sebelum ini iaitu Dogecoin (DOGE).

Dalam laporan Q3 yang diterbitkan semalam, keuntungan perdagangan matawang kripto di Robinhood telah susut 78% sehingga $51 juta dari paras kumulatif $233 juta yang direkod pada suku kedua (Q2).

Pemerhatian mendapati permintaan DOGE semakin berkurangan, tidak sama seperti popularitinya pada separuh pertama 2021 yang berjaya mengundang lambakan pendaftaran baru di Robinhood.

Keuntungan Robinhood pada Q2 secara jelasnya didorong oleh kripto, terutama DOGE.

Keseluruhannya, syarikat ini menjana pendapatan kumulatif bernilai $365 juta pada Q3, lebih tinggi berbanding Q3 2020.

Tetapi rekod terbaru masih susut dari $565 juta pada Q2, menjadikan kerugian yang ditelan ialah sebanyak $1.37 bilion untuk Q3.

Pada sisi yang positif, Robinhood telah menyaksikan pendaftaran awal bagi wallet Robinhood lebih 1 juta pelanggan.

Selain daripada itu, Robinhood juga berhadapan dengan tekanan daripada komuniti Shiba Inu yang menggesa mereka untuk menyenaraikan SHIB di platformnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat