Dow Jones Kekalkan Prestasi Cemerlang

170

Indeks Dow Jones terus mempamerkan prestasi memberangsangkan selepas mencatatkan kenaikan 4 hari berturut-turut berikutan hubungan dagang di antara Amerika Syarikat dan China yang dilihat semakin pulih. Namun begitu, nasib berbeza ditunjukkan oleh dua lagi indeks utama di AS apabila S&P 500 dan Nasdaq masing-masing mengalami penurunan.

Dow Jones naik 38.05 mata untuk berada pada paras 26,835.51 mata, S&P 500 ditutup sedikit rendah pada paras 2,978.43 mata, turun 0.28 mata manakala Nasdaq tergelincir 15.64 mata kepada paras 8,087.44 mata.

Jumaat lalu kerajaan China menawarkan untuk meningkatkan pembelian produk pertanian dari AS jika negara itu bersetuju untuk melonggarkan sekatan terhadap syarikat telekomunikasi gergasi Huawei. Tawaran China itu juga bergantung kepada keputusan AS yang menangguhkan kenaikan tarif terhadap barangan import yang bernilai $250 bilion.

Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin berkata China dan AS mempunyai perjanjian bersama mengenai pelaksanaan penguatkuasaan bagi kecurian harta intelek yang merupakan salah satu daripada titik rundingan antara kedua-dua negara.

Kedua-dua negara telah terlibat dalam peperangan dagangan sejak tahun 2018. Ketika itu, China dan AS masing-masing telah bertukar-tukar tarif yang bernilai berbilion dolar. Konflik ini sekaligus telah menjejaskan jangkaan pertumbuhan ekonomi global.

Data yang diperolehi oleh pihak China menunjukkan nilai eksport mereka jatuh di luar jangkaan pada bulan Ogos dengan penguncupan yang besar untuk penghantaran barangan ke AS. Penurunan itu jelas menandakan kelemahan dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu dan perkara ini terus memberi tekanan ke atas kerajaan China untuk mengumumkan rangsangan ekonomi yang baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat