Facebook Gagal Rayuan Kes Pengecaman Wajah

522

Mahkamah rayuan persekutuan AS semalam telah menolak usaha Facebook Inc. untuk menggugurkan tuntutan tindakan mahkamah yang mendakwa syarikat itu mengumpul data biometrik dari jutaan pengguna tanpa ada sebarang persetujuan.

Keputusan 3-0 dari pihak Mahkamah Rayuan di San Francisco terhadap teknologi pengecaman wajah dari Facebook menyaksikan syarikat itu bakal kehilangan beberapa bilion dolar kepada beberapa pengguna dari Illinois yang mengheret kes ini ke mahkamah.

Facebook juga mendapat kecaman daripada beberapa penggubal undang-undang dan penguatkuasa terhadap isu amalan keselamatan yang tidak berpihak kepada pengguna.

Bulan lepas sahaja Facebook telah bersetuju untuk membayar denda sebanyak $5 bilion kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan atas siasatan privasi data.

Data biometrik ini sangat sensitif, sehinggakan tiada jalan keluar bagi sesiapa yang didapati menceroboh data ini. Salah seorang peguam bagi plaintif dalam satu temubual berkata, data biometrik ini bukan seperti nombor pada kredit kad yang boleh diubah, ianya soal wajah dan anda tidak boleh mengubah wajah anda.

Tuntutan mahkamah ini bermula pada tahun 2015, apabila pengguna dari Illinois menuduh Facebook melanggar Akta Privasi Maklumat Biometrik dalam mengumpul data biometrik.

Facebook dikatakan menggunakan ciri “Tag Suggestion” yang membolehkan pengguna mengenalpasti rakan Facebook mereka melalui gambar yang dimuatnaik sebelum ini.

Undang-undang di Illinois menetapkan ganti rugi sebanyak $1,000 untuk setiap data yang diambil secara tidak sengaja dan $5,000 jika dilakukan dengan sengaja. Kira-kira 7 juta pengguna terlibat dengan pencerobohan data ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat