Gempak! Ini Permulaan Yang Baik Untuk UK!

238

Berdasarkan sebuah kenyataan, kira-kira 140,000 rakyat UK telah menerima suntikan vaksin Covid-19 pertama mereka pada minggu pertama pelancaran vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer dan BioNTech.

Umum mengetahui bahawa vaksin berkenaan telah diluluskan untuk penggunaan kecemasan 2 minggu lalu, dengan pelancarannya bermula pada 8 Disember, menjadikan Britain sebagai negara pertama yang meluluskan vaksin di luar ujian klinikal.

Di samping itu, orang awam akan menerima 2 dos suntikan vaksin. Setelah 21 hari menerima suntikan pertama, mereka perlu mendapatkan dos kedua penawar berkenaan.

Untuk pengetahuan semua, kumpulan vaksin pertama yang diterima Britain mengandungi 800,000 dos, yang mesti disimpan pada suhu minus 70 darjah Celsius (-94F) atau di bawahnya, dan boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 5 hari setelah dicairkan.

Secara keseluruhannya, Britain telah memesan 40 juta dos vaksin Pfizer. Tambahan daripada itu, UK menjangkakan akan menerima berjuta-juta dos vaksin pada akhir tahun ini.

Sementara itu, Amerika Syarikat dan Kanada turut sama-sama melancarkan vaksin pada hari Isnin yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat