Haa..Kan Dah Mendapat!

6,068

Semakin hangat pula individu bernama Keith Gill atau lebih dikenali sebagai nama pengguna Roaring Kitty di Youtube dan u/DeepFuckingValue di Reddit selepas tular kerugiannya mencecah lebih $13 juta!

Berbeza pula dengan isu kali ini, Gill dilaporkan sedang dalam siasatan berkaitan kerjayanya sebagai penasihat kewangan.

Menurut sumber, penyelia undang-undang Massachusetts sedang menilai sama ada Gill telah melanggar undang-undang berkaitan dengan kerjaya terdahulu sebagai pencipta kandungan di firma insurans Boston, MassMutual bagi tujuan mempromosikan kesihatan dan pendidikan kewangan.

MassMutual ada memberitahu bahawa Gill telah memberikan notis berhenti pada 21 Januari tetapi masih berkerja sehingga 28 Januari. Memandangkan Gill berkhidmat di firma penasihat pelaburan dan sekuriti, memiliki lesen CFA, Gill didapati bersalah kerana merahsiakan pelaburannya di dalam GameStop (GME).

Sebagai rujukan, penasihat kewangan bertauliah (CFA) wajib memaklumkan kepada majikan mereka mengenai aktiviti pelaburan luar. Bagaimanapun, Gill gagal berbuat demikian ketika dia aktif dalam pelaburan GME.

MassMutual juga tidak teragak-agak untuk memecat Gill jika pekerjanya itu tidak berhenti daripada kegiatan tersebut.

Gill bagaimanapun masih mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang ulasan berkenaan isu tersebut.

Aktiviti terakhirnya di laman Reddit menunjukkan individu itu mahu menghindarkan diri dari tumpuan orang ramai. Gill juga ada memuatnaik tangkap layar keuntungan pelaburannya dalam GME yang kini bernilai $22 juta dengan menambah, “Heads up gonna back off the daily updates for now”, memberitahu dia akan mengundur diri dari sebarang kemaskini harian untuk sementara waktu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat