Hutang Kerajaan Masih Tinggi, Tetapi Hasil Negara Semakin Merosot – Moodys

305

Kekuatan fiskal atau pendapatan kerajaan Malaysia merosot ke tahap ‘sederhana’ dari tahap ‘tinggi’ berikutan hasil negara yang semakin berkurangan yang memberi kesan negatif kepada komponen fiskal yang lain. Ini dinyatakan sendiri oleh Moodys Investor Service dalam analisisnya.

Moody adalah agensi penarafan antarabangsa yang membuat penilaian kepada syarikat-syarikat antarabangsa dan juga negara-negara di dunia tentang tahap atau kestabilan kewangan entiti tersebut.

“Hutang kerajaan yang besar dan kurang dalam kemampuan mambayar hutangnya berbanding negara-negara lain yang turut dinilai ‘A-‘ dinilai stabil, tetapi semakin meningkat,” kata Moodys dalam laporannya hari ini.

Pihak Moodys mengatakan kekuatan fiskal adalah salah satu faktor dalam menentukan penarafan bon kerajaan. Tiga lagi ialah kekuatan ekonomi, kekuatan institusi, dan ketahanan daripada risiko.

“Dengan pelabur asing yang ramai dalam pasaran bon Malaysia dan pengetatan polisi monetari oleh Amerika Syarikat, kami menjangka hasil bon di kerajaan Malaysia kekal tinggi. Oleh itu, peningkatan dalam kemampuan untuk membayar hutangnya akan bergantung kepada peningkatan hasil negara,” tambahnya.

Walaupun Malaysia mempunyai beban hutang yang besar, Moodys menyatakan hanya 3.3% hutang kerajaan Malaysia dalam matawang asing sehingga akhir 2016.

Menurut laporan Kementerian Kewangan 2016/2017, hutang kerajaan persekutuan berjumlah RM655.74 billion pada 2016, naik 4% dari RM630.54 billion pada 2015. Anggaran hutang kerajaan persekutuan kepada hasil KDNK negara pada 2016 pula adalah 53.2%.

“Hutang kerajaan Malaysia kepada KDNK masih tinggi berbanding negara-negara lain yang bertaraf sama,” kata Moody, tambahnya lagi “Dalam masa yang sama hasil negara semakin merosot dan kami menjangka hutang negara semakin menurun daripada keadaan sekarang ini.”

Kementerian Kewangan menganggarkan hasil kerajaan Malaysia dijangka merosot 2.63% kepada RM219.73 billion pada 2017 daripada RM225.66 billion pada 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat