Iklan Ditayang Semasa Cerita? Netflix Dedah Harga Pelan Langganan Beriklan

194

‘Iklan dimainkan masa movie tengah jalan? Sama macam tengok TV biasa jelah lepas ni!’

Peneraju penstriman dunia yang ‘tersungkur’, Netflix Inc mendedahkan harga pelan langganan beriklan dan posisi tayangan iklan bagi perkhidmatannya di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia.

Menurut sumber dalaman syarikat, Netflix akan menawarkan perkhidmatan penstriman dengan sokongan iklan pada tanda harga $7 ke $9 (lebih kurang RM31.39 ke RM40.39) iaitu separuh daripada harga asal pada $15.49.

Umumnya, matlamat utama Netflix dalam memperkenalkan sokongan iklan pada perkhidmatannya adalah untuk menawarkan pelan langganan bulanan lebih murah dalam menarik lebih ramai pengguna.

Ia adalah rentetan daripada kejatuhan jumlah pengguna yang dialami Netflix pada awal tahun ini, sehingga menyebabkan syarikat mencatat kerugian terbesar dalam sejarahnya, selain faktor peningkatan persaingan daripada Amazon dan Disney.

Kembali ke tajuk asal, syarikat mengatakan pelancaran penuh pelan sokongan iklan tersebut dijangka akan dilaksanakan seawal tahun depan memandangkan Netflix kini sedang ‘mesyuarat’ dengan rakan kongsi perniagaannya.

Disamping itu, sumber tersebut turut mengatakan paparan iklan akan berlangsung selama 4 minit sejam dan akan ditayangkan sebelum serta semasa cerita sedang berlangsung.

Dalam pada itu, keputusan Netflix untuk menawarkan iklan telah membawa berita gembira kepada syarikat pengiklanan memandangkan kini mereka boleh beralih dari perkhidmatan kabel TV kepada industri penstriman yang jauh lebih meluas.

Setakat penulisan ini saham Netflix diniagakan susut 4.57% pada $223.28 dengan permodalan syarikat sebanyak $99.29 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat