Indeks FBMKLCI – Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya

2,128

FBMKLCI merupakan akronim bagi FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index. Anda pasti pernah mendengar penyampai berita melaporkan dalam segmen ekonomi sama ada FBMKLCI menurun 2.80 mata kepada 1,694.45 atau FBMKLCI menokok 10 mata kepada 1,862 mata. Tapi pernahkah anda tertanya apa peranan indeks pasaran saham Bursa Malaysia?

Sejarah Pengenalan FBMKLCI

FBM KLCI mula digunapakai sejak Julai 2009 bagi menggantikan indeks KLCI yang lama. FTSE Group merupakan sebuah organisasi khusus dalam pengiraan indeks dan penyedia perkhidmatan berkaitan data.

Bursa Malaysia bekerjasama dengan FTSE Group untuk menyediakan satu set indeks yang lebih teratur bagi pasaran Malaysia.  Melalui kerjasama ini, pasaran saham tempatan akan menggunakan formula pengiraan indeks yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia dapat meningkatkan ketelusan serta menjadikan indeks lebih banyak diperdagangkan.

Pasaran saham antarabangsa yang lain juga mempunyai bacaan indeks mereka tersendiri seperti Dow Jones Industrial Average dan S&P 500 (Amerika Syarikat), FTSE 100 (Britain), CAC 40 (Perancis), DAX (Jerman) dan Nikkei (Jepun). Bacaan Indeks ini menunjukkan prestasi saham bagi negara masing-masing.

Bagaimana FBMKLCI berfungsi   

Indeks FBMKLCI merupakan satu gabungan 30 kaunter syarikat terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.

Indeks ini bergantung kepada pergerakan harga dan prestasi semasa 30 komponen yang membentuk indeks tersebut. Sekiranya banyak syarikat komponen di dalam indeks merudum mengatasi menaik, maka kita akan lihat indeks akan menjunam dan merudum.

Sebaliknya jika komponen tersebut banyak yang menaik dan menghijau, mengatasi kejatuhan, maka kita akan lihat indeks akan menghijau. Meskipun FBMKLCI tidak mewakili keseluruhan kaunter yang berada dalam Bursa Malaysia, ia merupakan penanda aras yang paling sesuai digunakan untuk menjadi penunjuk ekonomi.

30 Syarikat Yang Tersenarai dalam FBMKLCI  

Syarikat Simbol Sektor Patuh Syariah Market Cap
AMMB HOLDINGS BERHAD AMBANK Banking X 11.514b
ASTRO MALAYSIA HOLDINGS BERHAD ASTRO Media X 6.622b
AXIATA GROUP BERHAD AXIATA Telecommunications Service Providers 30.202b
CIMB GROUP HOLDINGS BERHAD CIMB Banking X 53.385b
DIGI.COM BERHAD DIGI Telecommunications Service Providers 31.644b
GENTING MALAYSIA BERHAD GENM Travel, Leisure & Hospitality X 26.602b
HAP SENG CONSOLIDATED BERHAD HAPSENG Diversified Industrials X 23.901b
HONG LEONG BANK BERHAD HLBANK Banking X 44.698b
HONG LEONG FINANCIAL GROUP BERHAD HLFG Banking X 21.114b
IHH HEALTHCARE BERHAD IHH Health Care Providers 40.235b
IOI CORPORATION BERHAD IOICORP Plantation 28.469b
KLCC PROPERTY HOLDINGS BERHAD KLCC Real Estate Investment Trusts 13.612b
KUALA LUMPUR KEPONG BERHAD KLK Plantation 26.645b
MAXIS BERHAD MAXIS Telecommunications Service Providers 40.881b
MALAYAN BANKING BERHAD MAYBANK Banking X 102.666b
MISC BERHAD MISC Transportation & Logistics Services 26.247b
NESTLE (MALAYSIA) BERHAD NESTLE Food & Beverages 33.815b
PUBLIC BANK BERHAD PBBANK Banking X 96.588b
PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD PCHEM Chemicals 74.720b
PETRONAS DAGANGAN BHD PETDAG Retailers 25.889b
PETRONAS GAS BERHAD PETGAS Gas, Water & Multi-utilities 35.578b
PRESS METAL ALUMINIUM HOLDINGS BERHAD PMETAL Metals 18.543b
PPB GROUP BERHAD PPB Food & Beverages 23.957b
RHB BANK BERHAD RHBBANK Banking X 20.852b
SIME DARBY BERHAD SIME Automotive 14.962b
SIME DARBY PLANTATION BERHAD SIMEPLT Plantation 35.704b
TENAGA NASIONAL BHD TENAGA Electricity 78.927b
TELEKOM MALAYSIA BERHAD TM Telecommunications Service Providers 8.343b
YTL CORPORATION BERHAD YTL Gas, Water & Multi-utilities X 12.111b

 

Bagi para pelabur, maklumat mengenai FBM KLCI penting sebagai panduan untuk mengetahui sama ada pasaran sedang dalam pasaran bullish, sideways atau bearish. Buat masa ini, pasaran saham berada dalam keadaan bearish. Support terdekat pada 1600 mata manakala resistance terdekat pula pada 1800 mata.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat