Ini Pendapat Pasaran Tentang Mesyuarat 20 Ekonomi Terbesar Dunia

71

Ketua-ketua kewangan dari ekonomi terbesar dunia mencapai pendirian yang sama dalam isu tukaran matawang asing dalam mesyuarat G-20 pada Sabtu, tetapi gagal menemui kata sepakat berkaitan perdagangan.

Bagi pasaran, pendirian yang telah dibuat terhadap tukaran matawang asing (Forex) adalah dialu-alukan. Kata sepakat oleh ekonomi-ekonomi terbesar dunia terhadap isu forex akan mengurangkan ‘volatility‘ (turun-naik) dan menyumbangkan kepada kestabilan pasaran dan peningkatan nilai aset pelaburan.

Tetapi kegagalan dalam kesepakatan perdagangan global yang bebas dan terbuka akan memberi kesan negatif kepada pasaran kewangan dalam jangka panjang.

“US dolar akan dibuka lemah pada sesi dagangan Isnin disebabkan kegagalan G-20 bersetuju kepada isu perdagangan, dan ia akan menjadi lebih buruk jika isu Forex gagal menemui kata sepakat,” kata Tim Graf, Pengarah Urusan EMEA di London.

Satu perkara penting dalam kenyataan G-20 tahun lalu ialah kata sepakat di kalangan negara anggota yang berbunyi, “Kami akan menentang semua bentuk protectionism,” yang mana disokong oleh Amerika Syarikat dan 19 negara anggota.

Semuanya berubah, apabila Pemimpin Kewangan AS, Steve Mnuchin mengatakan kenyataan sebelum ini tidak semestinya relevan kepada ekonomi global ketika ini. Beliau juga berkata menyokong perdagangan bebas tetapi ada beberapa perjanjian perlu dirundingkan semula.

Walaupun AS sekarang mempunyai pendapat atau pendirian yang berbeza tentang perkara ini, tidaklah secepat itu menjadi satu kebimbangan, kata penganalisis.

“G-20 ini tidaklah menjadi satu perkara yang besar kepada pasaran, salah satu sebabnya adalah pendirian tentang isu Forex masih dikekalkan,” Kenneth Broux Ketua Penganalis Forex dan Kadar di Society Generale.

“Persetujuan yang gagal dicapai terhadap perdagangan dan protectionism adalah baru, tetapi mesyuarat selepas ini antara Trump dan pemimpin China Xi Jinping adalah lebih penting terhadap halatuju rundingan perdagangan,” kata Broux.

Ada beberapa penganalisis memberi amaran pentadbiran AS akan menjadikan tukaran matawang sebagai agenda polisi utama mereka.

“Pentadbiran baru AS belum lengkap lagi dan polisi tukaran matawang (forex) masih belum selesai. Isyarat sebelum ini dari AS tidak bagus…dan kita perlu bimbang perbincangan dalaman yang dijalankan oleh pentadbiran AS,” kata Tsuyoshi Ueno, Ketua Penganalisis Ekonomi di NLI Reserach Institute.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat