Itali Tidak Akan Mengubah Bajet 2019 Seperti Diarahkan Suruhanjaya Eropah

479

Itali tidak akan mengubah perancangan bajet 2019, demikian kata Timbalan Perdana Menteri Matteo Salvini pada Rabu selepas Suruhanjaya Eropah menolak cadangan bajet Itali. Pihak tertinggi Kesatuan Eropah itu memberikan masa tiga minggu kepada kerajaan Itali untuk mengemukakan cadangan bajet yang baru.

Dalam temubual itu, Salvini menegaskan bajet pengembangan yang mana meningkatkan defisit tahun depan kepada 2.4% daripada KDNK berbanding sasaran 1.8% tahun ini adalah satu-satunya jalan untuk mengurangkan hutang awam.

“Itali adalah keutamaan.. Itali tidak lagi mahu menjadi hamba kepada peraturan yang buruk,” kata Salvini yang juga pemimpin parti Liga Itali yang bergabung dengan 5-star Movement pimpinan Di Maio selepas pilihanraya baru-baru ini.

Salvini berkata, untuk meningkatkan ekonomi dan mengurangkan hutang, Itali perlu bertindak bertentangan daripada kerajaan sebelum ini yang mana mematuhi peraturan Suruhanjaya Eropah.

Ketika ini hutang awam Itali berada di paras 131.2% kepada KDNK setakat pada hujung tahun lalu. Ia adalah kadar tertinggi selepas Greece daripada kalangan negara-negara Zon Eropah.

Walaupun dengan kritikan terhadap Kesatuan Eropah, Salvini berkata, “Saya tidak mahu meninggalkan Eropah atau meninggalkan Kesatuan Eropah.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat