Syarikat Pewangi Kereta Little Tree Saman Jenama Mewah Balenciaga

1,340

Pemilik produk Little Tree iaitu Car Freshner Corporation telah memfailkan saman terhadap Balenciaga kerana meniru reka bentuk produk pewangi mereka Little Tree.

Anda mungkin tidak mengenali Car Freshner Corporation, tetapi kami pasti anda mengenali pewangi Litlle Tree yang banyak terdapat di kedai Mesra Petronas di Malaysia. Populariti pewangi kereta berbentuk pokok yang bergantung itu semakin meningkat sejak mula-mula dibawa masuk ke Malaysia beberapa tahun yang lalu.

Balenciaga tu jenama daripada mana pula? Ya, memang kita tidak pernah dengar nama jenama ini, tetapi ia adalah satu jenama fesyen yang mewah diasaskan di Sepanyol.

Balenciaga didakwa tidak meminta kebenaran dan menjual keychain yang benar-benar serupa dengan bentuk pewangi Little Tree milik Car Freshner Corporation.

Dakwaan tersebut mengatakan tindakan Balenciaga itu boleh mengelirukan pelanggan yang mana mungkin terfikir ia telah dibenarkan oleh plaintif.

Balenciaga yang dikenali dengan jenama fesyen mewah menjual keychain tersebut pada harga RM942 manakala pewangi Little Tree hanya berharga RM24.90.

Pereka Demna Gvasalia yang mengambil tampuk syarikat Balenciaga pada 2015 telah beberapa kali memperbaharui jenama yang murah sama seperti yang berlaku kepada Little Tree.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat