Kadar Pengangguran Di Malaysia Bakal Meningkat Hingga 5.5%?

344

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), negara bakal mencatatkan kadar pengangguran antara 3.5% hingga 5.5% pada tahun ini, impak daripada penularan wabak coronavirus. Terkini, Malaysia telah merekodkan 6,819 kes dengan angka kematian sebanyak 112.

Ketua ahli statistik, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata langkah kerajaan membuka semula sebahagian sektor ekonomi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan dan menyediakan pakej rangsangan ekonomi Prihatin Rakyat adalah bertujuan untuk membantu pekerja dan isi rumah dalam menghadapi situasi kritikal yang disebabkan oleh coronavirus.

Selain itu, ianya diharapkan agar dapat memulihkan semula ekonomi negara dalam tempoh segera serta dapat mengekang pengangguran.

Pada minggu lalu, DOSM telah mendedahkan bahawa kadar pengangguran negara meningkat sebanyak 1.17% yang melibatkan seramai 610,000 individu. Pada suku pertama, permintaan pekerjaan dan status kekosongan memberi gambaran awal bahawa berlakunya ketidakseimbangan dalam pasaran buruh.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah menetapkan garis panduan untuk menstabilkan peluang pekerjaan yang turut melibatkan para graduan baru seramai 300,000 hingga 350,000 setiap tahun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat