KDNK Sukuan Pertama A.S Kurang Baik, Powell Tampil Beri Penjelasan Keadaan Terkini!

435

Ekonomi AS menyusut pada kadar lebih cepat daripada yang dianggarkan sebelum ini pada suku pertama berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Ekonomi pada hari ini.

Dengan pertumbuhan yang perlahan pada sukuan pertama tahun ini, ia telah menambah kebimbangan bahawa kemelesetan mungkin akan berlaku. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar merosot pada kadar tahunan 1.6% dari Januari hingga Mac berdasarkan laporan BEA.

Sebelum ini, anggaran awal yang dikeluarkan pada April menunjukkan penguncupan sebanyak 1.4%.Pada bulan lalu ia telah disemak semula kepada penurunan sebanyak 1.5%.

Prestasi KDNK suku pertama, yang dinyatakan oleh BEA termasuk beberapa kesan tidak diukur daripada pandemik dan lonjakan varian Omicron dilihat kurang baik apabila dibandingkan dengan suku keempat 2021, apabila ekonomi berkembang pada kadar 6.9% daripada suku sebelumnya.

Walau bagaimanapun, suku pertama 2022 menandakan permulaan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang menyebabkan gelombang kejutan ekonomi di seluruh rantaian bekalan global termasuk pasaran makanan, kewangan dan tenaga.

Di peringkat negara, inflasi AS telah melonjak ke paras yang tidak dilihat dalam beberapa dekad di tengah-tengah cabaran rantaian bekalan yang berterusan, peningkatan kos untuk komoditi dan buruh serta kenaikan harga minyak.

Walaupun kemelesetan ekonomi lazimnya ditakrifkan sebagai penurunan KDNK dua suku berturut-turut, namun ini ditafsirkan oleh sebahagian pemain pasaran sebagai tanda kurang baik.

Disisi yang berbeza, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell berkata ekonomi AS berada dalam keadaan yang ‘kukuh’ dan bank pusat boleh mengurangkan inflasi kepada 2% sambil mengekalkan pasaran buruh yang kukuh, walaupun tugas itu ebih mencabar dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“Kami berharap pertumbuhan akan kekal positif,” kata Powell semasa perbincangan panel pada hari Rabu Kewangan isi rumah dan perniagaan juga berada dalam keadaan kukuh, dan “secara keseluruhannya ekonomi AS berada pada kedudukan yang baik untuk berhadapan dasar monetari yang lebih ketat.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat