Kenaikan Kadar Oleh Fed Rancakkan Wall Street & Hasil AS

380

Sebaik sahaja Federal Reserve (Fed) melakukan kenaikan kadar faedah dan membentangkan rancangan yang lebih agresif dalam menangani kenaikan inflasi, indeks-indeks utama Wall Street dan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mencanak.

Seperti yang dijangka, Fed mengumumkan kenaikan suku peratusan mata pada mesyuarat FOMC awal pagi tadi, seterusnya mendokong penanda aras utama naik dari paras sifar iaitu kenaikan kadar pertama sejak 2018.

Menurut Ryan Detrick, ketua strategi pasaran LPL Financial North Carolina, Fed menepati jangkaan pasaran dengan merendahkan ramalan GDP dan mengemas kini jangkaan inflasi.

Penanda aras hasil 10 tahun AS naik 2.246% sebelum berundur pada 2.192% ekoran pengumuman Fed mengenai jangkaan akan memulakan penyelesaian pegangan besar bon kerajaan dan sekuriti bersandarkan gadai janji pada mesyuarat akan datang.

Nota hasil 2 tahun naik 2.002%, seterusnya meratakan keluk hasil.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 1.55% pada 34,063.1, S&P 500 capai 2.24% pada 4,357.86 dan Nasdaq Composite tambah 3.77% pada 13,436.55.

Keuntungan pada indeks-indeks utama tersebut telah disokong oleh lonjakan saham pada sektor teknologi, kewangan dan budi bicara pengguna.

Dalam pada itu, pembentangan Fed mengenai dasar monetari yang lebih hawkish gagal merangsang momentum pergerakan dolar, dengan indeks dolar menurun 0.6% selepas mencapai paras 3% pada Februari dan 10% sejak May tahun lalu.

Pasaran saham global lain pula ditutup tinggi dengan sentimen pelabur dilihat memulih ekoran keputusan dialog keamanan yang positif dan kerajaan China yang menjanjikan lebih banyak stimulus ekonomi.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 3.06% sementara tolok saham MSCI seluruh dunia capai 2.76%.

Dalam pasaran komoditi, penanda aras minyak Brent ditutup rendah 1.9% pada $98.02 setong sementara minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS jatuh 1.5% pada $95.04 setong.

Emas lonjak 0.5% pada $1,926.57 per auns sementara niaga hadapan emas AS susut 1.02% pada $1,908.90 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat