Kesatuan Eropah Cuba Untuk Membuli Rakyat UK – David Davis

34

European Commission (EC) cuba untuk membuli Britain, kata Menteri Brexit UK David Davis dalam retoriknya sebelum pilihanraya UK yang mana parti berkuasa Konservatif meminta sokongan pengundi dalam rundingan sukar bersama Kesatuan Eropah (EU).

Pada Rabu, Perdana Menteri Theresa May menuduh ahli-ahli EU yang lain cuba untuk memberi kesan kepada pilihanraya pada 8 Jun selepas media Jerman melaporkan beliau berjumpa dengan Presiden EU Jean-Claude Junker.

“Kita lihat dengan jelas bahawa EU cuba untuk membuli rakyat Britain – dan mereka tidak semudah itu dibuli dan kerajaan tidak akan membenarkan mereka membuli rakyat Britain,” kata Davis kepada BBC.

Komen Davis ini dibuat selepas sahaja Presiden European Council (EC) Donald Tusk mengatakan rundingan Brexit adalah “mustahil” jika emosi dibiarkan tanpa diperiksa.

Sebelum ini, Davis berkata pada Rabu bahawa Britain tidak akan membayar sebanyak 100 Billion Euro ($109.20 Billion) untuk meninggalkan Kesatuan Eropah seperti yang dituntut oleh blok berkenaan.

Davis juga dikatakan enggan mengulas mengenai jumlah yang sedia dibayar oleh Britain kerana apa yang lebih penting buat mereka sekarang ialah perbincangan dengan lebih terperinci mengenai hak dan undang-undang semasa.

EU juga sebelum ini mengatakan bahawa rundingan tersebut mungkin memakan sehingga 60 Billion Euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat