Krisis Semakin Tegang, Korea Utara Mengancam Serangan ke Wilayah Amerika Pasifik

128

Korea Utara sedang mempertimbangkan serangan peluru berpandu ke wilayah Amerika pasifik di Guam, beberapa jam selepas Presiden Trump mengancam Korea Utara.

Krisis geopolitik ini telah bermula beberapa bulan lalu dan masih belum menemui jalan penyelesaian. Korea Utara enggan mematuhi desakan Amerika Syarikat untuk menghentikan ujian peluru berpandu mereka.

Ketegangan yang semakin memuncak ini dijangka akan memberi kesan kepada pasaran di mana amaran telah diberikan kepada pegawai-pegawai rasmi US dan penganalisis agar tidak membuat retorik berkaitan dengan Korea Utara.

Pyongyang dalam masa sama berkata akan meneliti perancangan bagi menyerang Guam yang mempunyai 163,000 penduduk dan juga pangkalan tentera US.

Pemimpin tertinggi Guam, Gabenor Eddie Calvo mengutuk ancaman Korea Utara dan berkata pulau itu bersedia berhadapan sebarang kemungkinan.

“Guam adalah tanah Amerika Syarikat dan kami bukan hanya pangkalan ketenteraan,” kata Calvo.

Trump pasa Selasa mengeluarkan ancaman terbesar kepada Korea Utara dalam komennya di New Jersey.

“Korea Utara lebih baik tidak membuat ancaman lagi selepas ini kepada Amerika. Mereka akan berhadapan dengan ‘api dan ketakutan’ seperti yang dunia tidak pernah lihat,” kata Presiden Trump.

 

Harga Emas Melonjak Berikutan Risiko Geopolitik Global

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat